Blog Rasmi Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik, Universiti Malaysia Perlis
Monday, 12 March 2012
Majlis Kenduri Doa Selamat
Info PPK Sistem Elektrik
Pengenalan
Misi
Visi
Objektif Program (PEO)
Programme Outcomes (PO)
Pusat
Pengajian Sistem Elektrik menawarkan tiga program iaitu Sarjana Muda
Kejuruteraan Sistem Elektrik, Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik
Industri dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Sistem Tenaga. Semua
program yang dijalankan di Pusat Pengajian Sistem Elektrik ini
menitikberatkan kepada aspek merekabentuk mesin elektrik, peralatan
sistem elektrik, peralatan elektronik kuasa dan pengurusan tenaga untuk
kegunaan industri.
Program ini
bertujuan melahirkan tenaga kerja di peringkat ikhtisas yang mahir serta
mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang kejuruteraan sistem
elektrik dan elektronik industri. Pelajar akan dilatih untuk menjadi
Jurutera Elektrik/Elektronik yang berkemampuan menjalankan tugas dalam
bidang merekabentuk, penyelidikan dan pembangunan (R&D),
penyelenggaraan, jualan, perundingan, pendidikan dan latihan. Para
graduan akan berkemampuan menjalankan tugas-tugas pengurusan yang
memerlukan kebolehan membuat pertimbangan yang teliti dan tepat.
Pusat
pengajian ini berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan industri
di kawasan utara khasnya dan kawasan perindustrian lain di Malaysia
amnya. Objektif ini dapat dicapai melalui program-program pemindahan
teknologi seperti pertukaran staf, latihan dan konsultansi serta
perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan dengan kejuruteraan
elektrik. Pusat pengajian ini juga bertindak sebagai pusat yang
menyalurkan hasil penyelidikan, produk inovatif dan khidmat kepakaran
dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Misi
Menjana modal
insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing
industri negara dalam bidang kejuruteraan elektrik
Visi
Institusi akademik dan penyelidikan dalam kejuruteraan elektrik yang berdaya saing di persada antarabangsa
Objektif Program (PEO)
1. Graduates who are leaders in the field of electrical engineering as demonstrated via career advancement
2. Graduates who are members of and contribute to professional society
3. Graduates who engage in life-long learning or continuous education opportunities
4. Graduates who contribute towards research and development
5. Graduates who are entrepreneurial engineers
Programme Outcomes (PO)
PO1 - Ability to
acquire and apply knowledge of mathematics, science, engineering and an
in-depth technical competence in an electrical engineering discipline.
PO2 - Ability to identify, formulate and solve engineering problems.
PO3 - Ability to design a system, component or process to meet desired needs.
PO4 - Ability to design and conduct experiments, as well as to analyze and interpret data.
PO5 - Ability to use techniques, skills and modern engineering tools necessary for engineering practices
PO6 - Ability to
demonstrate/understand the social, cultural, global and environmental
responsibilities of a professional engineer
PO7 - Ability to
demonstrate/understand entrepreneurship, the process of innovation and
the need for sustainable development of the environment
PO8 - Understanding of professional and ethical responsibilities and commitment to the community.
PO9 - Ability to function on multi-disciplinary teams.
PO10 - Ability to communicate effectively.
PO11 - Understanding of the need for, and an ability to engage in life-long learning
PO12 - Demonstrate understanding of project management and finance principles
Selamat Datang ke Blog Rasmi PPK Sistem Elektrik
Selamat datang ke laman blog rasmi PPK Sistem Elektrik, Universiti Malaysia Perlis. Blog ini merupakan satu medium alternatif bagi memudahkan komunikasi dan penyebaran maklumat terkini kepada para pelajar dan kepada umum. Blog ini juga akan memaparkan segala aktiviti-aktiviti terkini PPKSE selain daripada pencapaian pelajar dan staff samada dalam bidang akademik mahupun bidang-bidang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)